Jumaat, 11 Mac 2011

ESOK!!!

kepala dah serabut gila!!! orang lain yang nak kawen aku yang kelam kabut macam apa?? lahabauu!! huishhh bukan apa. aku tak tau nak pakai baju apa oiii... eheh. esok aku ditugaskan jadi pengapit kakak Aqilah wokeh. tak kan aku nak pakai t-shirt berseluarkan jeans?? tak sesuai langsung. helo. image melambangkann keperibadian kita ok.ada ke patut Qila suruh aku pakai baju akak dia?? oiii dah ler akak dia kecik molek. badan aku pulak besar tong drum. mana muat oiiii.. tanpa memikir dengan lebih panjang dan seterusnya membolehkan kepala fening mulalah operasi menggali/memunggah/mencari baju dalam almari. walao. ingat nak pakai baju warna biru. tapi si Qila ni suruh pakai hijau pulak. dah sudah terpaksa punggah segala. dah jumpa. tetttt tudung pulok tak ado. aiii sakit betul hati... last-2 mak bagi pinjam. grr.. nasib baik ada pengurus butik yang tak bergaji baik hati tau. haha. thnx mak. huhu. harap-2 esok semuanya berjalan dengan lancar. amin~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan